Thursday 26 January 2012

La Tahzan Ani....(~_~)

Hurm....
Arini tetibe rse sedih, terkilan gn perbuatan seseorang?...ntahla seseorang ke sekumpulan or seorganisasi...

Sedih sgt sbb layanan yang diberikan x same...ana selalu kena cmni....Ya Allah....sedih....
Tipu la kalau cakap ana x terasa langsung sebab ana sorang je yang xdpt apa yang orang lain dapat padahal status kami sama...(~_~)

Hurm...Ya Allah...Tabahkan ati ni...hambamu ini sangat lemah Ya Allah...

Semoga ari2 mendatang lebih baik dari arini, semalam dan hari2 yang telah berlalu....(~_~)

Thursday 19 January 2012

Sejukkkkk!!!!!!

MasyaAllah......
Sejuk la sesgt arini.........hurrrr, rsenye boleh diiktiraf sbg hari paling sejuk di KPM ni...... memang rase nk beku dah ni....
Tangan da memang beku, nk pnskan badan, g jln2 merata tempat....hehe...

Dari pagi sampai la ke petang...memang x tahan, x sbr nk balik.....grrr.........sejukkkkkk nyer.......... Dari semalam, ofis agak sunyi sebab pegawai n bos g SKT (Sasaran Kerja Tahunan) yang dibuat di Melaka.

Sape kerja gov, memang tahu la...tiap2 tahun memang ada....so, ana xde kerja....tu yg duk merayap, duk godek2 internet xtaw dah nk tekan apa...hehe...

Bese la dak it cmni, bz kalo sistem or keje nye dalam proses pembangunan...Skg ni ana da siap develop portal tu, cuma tggu maklumat untuk di masukkan je...tu yg xde keje ni...hehe...

Untuk pengetahuan semua, kt KPM ni ana ditugaskan untuk membangunkan sebuah portal untuk bahagian ana...iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan...

So, everybody, wait n c...hehe....Insyaallah da complete t, akan ada link nye dlm website moe@kpm.... tapi memang jarang r orang nk tgk portal bahagian kan? bese msti tgk portal moe je...hehe

Sbnrnye, ni 1st time ana buat web@portal...selama kerja ni xpnh ag buat web2 ni.....dlu blaja pon, gune html je...suke la jugak tapi kne kreatif r...selama kerja, selalu kne wt sistem je...so, ni pengalaman pertama r yg sgt berharga...hehe...

Erk, da lari tajuk ni...hehe...x dosa pon kan kalo slh tajuk...kih3....Ana amek amanah dan cabaran yang diberikan dengan rilex jer,....cewah....sebab xpnh develop portal kan? takot gak...huhu

So, ana decide gune software yg senang (senang ke? padahal x pnh gune) untuk membangunkan web portal ni....iaitu Joomla...hehe...dlu time keje pvt, ada officemate kne wt web, dia gune joomla... Tapi orang ckp joomla ni senang, ntahla...ana try jela...sebab kalo nk gune fully coding memang lama r nk siap portal ana ni....

So, ana pon  install la joomla, cari tutorial, godek2 try wt...mcm2...aih, payah gak joomla ni....ish, rse nk putus asa je... tp, kuatkan ati...Dalam ati ckp " sabar ani, dlu pon ko LI kt PNM, ko explore bnde baru gak, wt sistem , wt PHP padahal x pnh blaja....kalo dlu boleh, msti skg pon boleh "....

So, dgn kata2 semangat diri yang datangnya dari Allah...ana teruskan mengexplore JOOMLA ni.... Alhamdulillah, sebulan da nmpk hasil portal ana....Sebab bos ana selalu dtg tgk latest interface yg ana buat....Alhamdulillah... Syukur sgt sebab dpt gak belajar bnde baru yang da lama ana nk belajar...ag2 bile belajar sndiri, kite dapat rse kemanisannya...cewah...
hehe....

Senaman Untuk Hilangkan Gantuk @ Stress

Selamat mencuba!!! hehe...(^_^)



Sebaiknya berzikir la pd Allah kerana dgn mengingati Nya, hati akan menjadi tenang....

Daging Babi, CURI TULANG, dan CURI MASA..

Hanya untuk dikongsi bersama & mengingatkan diri sendiri yang pelupa.


Mengular adalah curi tulang semasa bekerja iaitu semasa bekerja, cuti tidur di surau atau lepak-lepak di kantin atau mamak.

"Sekalipun ramai orang melakukannya, kesalahan tetap satu kesalahan," kata seorang ustaz.
"Syarikat kami tidak akan terjejas kerana kesalahan kecil seperti ini," ujar seorang pekerja. Tidak rasa bersalah langsung terbayang diwajahnya.

"Mungkin syarikat tidak terjejas dalam masa pendek. Tetapi jika kesalahan itu telah menjadi budaya semua orang, ia boleh menjejaskan syarikat & produktiviti dalam jangka masa panjang."

Dia senyum lagi. Kebimbangan yang ustaz itu suarakan dianggap kecil oleh beliau.

"Saudara, yang akan terjejas dalam masa terdekat & jangka masa panjang bukan sahaja syarikat, tetapi saudara & keluarga saudara." tusuk ustaz perlahan.
"Ya ke? Bagaimana?"

"Jika dihimpunkan, agak-agak berapa lama masa yang saudara ambil untuk mengular dalam sebulan?" tanya ustaz mengalih perhatian.
"Sehari mungkin 10 atau 15 minit. Tetapi tidak selalu, dalam sebulan agak-agaknya adalah dalam sejam (60 minit),"Jawabnya terus terang.

"Berapa gaji saudara sebulan?" Tanpa mendapat jawapannya, saya menyambung, "Katalah RM 1,000. Gaji dibayar atas lama masa saudara bekerja dalam syarikat. Apabila terima gaji pada akhir bulan itu, bererti termasuk sejam masa saudara mengular itu," jelasnya.

Lelaki itu tercengang sedikit. Tetapi akhirnya mengangguk perlahan.

"Jika sejam itu ditukar kepada bentuk wang, agaknya berapa?"
"Tak sampai RM 5. Kecil sangat tu!" sampuknya cepat.

"Tetapi RM 5 itu cukup untuk membeli sekilo beras atau beberapa ekor ikan, bukan?"

Dia mengangguk lagi.

"Dan beras atau ikan itu kita jadikan makanan untuk diri, isteri & anak-anak kita."
"Haram ke?" tanya lelaki itu separuh mencebik.

"Saudara, gaji dibayar mengikut masa kita bekerja. Jika kita dibayar juga sedangkan kita tidak bekerja bagaimana? Apakah wang itu masih halal?"

Lelaki itu terdiam. Dalam hatinya pasti mengiakan bahawa hukumnya haram.

"Apabila wang yang sebegitu digunakan untuk membeli makanan anak isteri kita tentu sahaja hati mereka gelap."
"Kenapa?"
"Bukankah hati dibentuk oleh makanan? Makanan yang haram akan menggelapkan hati."

"Awak masih ingat isu sosej bersalut usus babi suatu ketika dulu?" kilas ustaz memperbaharui rentak perbualan.

"Isu tersebut memang menggemparkan. Ramai umat Islam tersentak kerana merasakan mereka telah ditipu & dianiaya kerana membeli & memakan sosej haram. Ramai yang bertindak menyamak kuali, periuk & lain-lain peralatan memasak. Sampai begitu sekali keprihatinan kita," sambung ustaz itu.
"Memanglah, babi kan haram. Sakit hati betul kerana kita ditipu hidup-hidup!" kata lelaki itu meluahkan kemarahannya.

"Saudara, sebenarnya isu termakan sosej bersalut usus babi itu tidaklah sebesar isu yang kita bincangkan tadi."
"Isu yang mana?"

"Isu makan makanana yang dibeli dengan duit hasil bekerja secara curi tulang atau curi masa!" tekan ustaz tersebut.
"Mengapa pula begitu?"

"Mereka yang termakan sosej bersalut usus babi itu bukan sengaja. Itu tak berdosa sebab tidak sengaja. Kalau berdosa pun kerana kurang berhati-hati. Katalah berdosa, itu pun dosa dengan Allah semata-mata. Untuk taubat perlu menempuh tiga syarat-syarat taubat."
"Dosa makan gaji secara curi tulang?"

"Itu dosa dengan manusia. Maksudnya, dosa dengan majikan & seluruh 'stake holder' organisasi tersebut. Kalau majikan kita kerajaan, itu lebih parah lagi. Dosanya pada seluruh rakyat. Dosa manusia perlu menempuh empat syarat taubat. Selain menyesal, berhenti & berazam tidak mahu mengulangi, terpaksa meminta halal atau reda daripada orang yang kita berdosa."
"Jadi, kena minta halal daripada setiap orang yang terlibat, begitu?" lelaki itu terperanjat.

"Ya, begitulah dari segi ilmunya."
"Susah tu, bukan mudah."

"Itulah yang saya katakan tadi, dosa dengan mansia ada kalanya lebih sukar untuk bertaubat berbanding dosa dengan Allah. Ada yang lebih sukar daripada itu," tambah ustaz apabila melihat dia lama berdiam diri.
"Ada lagi yang lebih sukar? Apa itu?" tanya lelaki itu.

"Rasa tidak berdosa!"
"Maksud ustaz?"

"Begini, orang yang termakan benda yang jelas haram, tahu itu satu dosa & ada kemungkinan dia bertaubat. Tetapi orang yang curi masa & curi tulang, selalunya rasa tidak berdosa. Semua orang buat, apasalahnya? Mereka rasa perbuatan curi masa itu 'biasa-biasa' sahaja & kesalahannya lebih ringan jika dibandingkan dosa termakan daging babi. Jadi, apabila itu tidak dianggap dosa, mana mungkin mereka bertaubat?"
"Padahal dosa curi masa, curi tulang, tidak amanah itu lebih beratkan ustaz?"

Ustaz itu diam. Alhamdulillah, dia sudah faham dan mula dia serius.


Hasil karya;
Pahrol Mohd Juoi.

Jika kita ada ilmu yang baik, eloklah dikongsi bersama walaupun sedikit kerana manusia & diri kita sendiri sering lupa. Dalam berdakwah perlukan istiqamah.

Tuesday 17 January 2012

Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak

Salam...info ni dapat dari kawan...kalo salah, harap di maafkan...



Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak ni time malam tahun baru. Harap bermanfaat untuk semua.


1. Apakah Hukum sambut countdown...?
UAI:"countdown tu mende"...??
Zizan: !@#$*...emm.."count tu, kire..down tu, bawah...2011 ke 2012.."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
zizan: !@#*.... =)
--> Kata ulama' countdown bukan perayaan...ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite...jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll....

2. Apakah hukum main bunga api...?
--> Ulama'2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus...samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit...kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata...

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi...smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi...
--> Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk... Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika
itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2...

4. Betul ke alat muzik tu najis..?? UAI: "Betul.....sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)
--> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan... kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram... bunyi2-an ni dibenarkan... dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat
Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti...

5. "Isteri kena hiburkan suami dirumah...kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke...?" =)
--> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga... hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh...isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami..
cara berjalan...ni tidak,bile kt opis berjalan "catwalk"..dlm rumah plak "elephantwalk"...=) cara layanan juga hiburkan hati suami...dll...

6. Hiburan itu haram sebab melalaikan...ape pendapat ustaz...
--> Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)...tu yg
jd haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah...

7. "Saya tgk vcd kuliah Ustaz...ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya"...=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung...??
--> Betul perempuan xwajib pakai tudung...yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT... aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam(tudung nipis bayang) haram jgk...kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk...pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..

8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha...batal tak..?
UAI:"Batal...sekiranya si ayah terkentut"...=)
--> Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis... dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud lama2..tidak terus
bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun...dalam solat,boleh meraikan kanak2...

9. "Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak...?"
--> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke...datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan...kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda
datang kuliah...yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah...kite nk hasilnye....

10. "Saya suka tengok cerite hantu...sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut..." =)
Apa hukum tengok cerite hantu...?
--> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut,tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh... Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat...
Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite 'tak sihat'...=)

11. "Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)...?" =)
--> Boleh mitak balik...dengan syarat kena bersumpah dulu...jika imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi... fikirkan hikmah...mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite...redha aje lah...

12. "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk"....=)
--> wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll...

13. "Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal...boleh tak nk jd menantu ustaz..?"....=)
-->Boleh...dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya... nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)...tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA (bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)...

14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dalam keadaan bogel..?
--> "Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel....di khalayak ramai"...=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh...